Satu lagi karya Ismail ‘Bob’ Hasim iaitu pengarah filem NGANGKUNG, ‘ALAMAK… TOYOL!’ telah pun siap penggambarannya. Filem komedi seram
ini dibintangi oleh Along Cham, Angah Raja Lawak, Adeline Tsen, Hamid
Gurkha, Alex Yanz, Tyzo Tuah (Tuah Zoqarnain) dan ramai lagi pasti
menjanjikan santapan komedi seram yang terbaik untuk anda.
Sinopsis ALAMAK TOYOL 2011
Kisah
bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak
koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh
kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah
mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri
Pak Umar.
Pada
waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik
juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka
mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal. Sehinggalah
pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar
tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi
toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin
menolak toyol itu.
Namun
lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak
Umar. Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang
serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak
hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya.
Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu
tidak pandai mencuri.Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan
praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di
satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan
Daniel akhirnya mengetahui rupa- rupanya selama ini Daniel menjalankan
perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui
hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa
sebarang bukti. Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu
menghapuskan Farah.
Suatu
malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul
dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali.
Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan
Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi
titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan
Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam
masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan
toyol tersebut.
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.
Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.
Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?
Eddie
pada usia hanya sekitar 20-an sudah merasa kejayaan urusan
perniagaannya di Internet. Dia seorang jejaka yang memiliki segalanya –
tampan, menikmati kehidupan mewah dan juga teman wanita sekeliling
pinggang. Tanpa diketahui sesiapa, Eddie sebenarnya meraih keuntungan
daripada perniagaan yang membeli dan menjual klip-klip pornografi dan
sensasi di Internet. Maya Akhtar pula adalah seorang jurnalis yang
komited terhadap kerjayanya. Malangnya, dia telah jatuh mangsa kepada
ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.
Lebih
mengejutkan lagi, perbuatan Sunny ini disokong oleh isterinya sendiri
Rita, kerana inilah cara mereka membuat duit, dengan memperdaya wanita
untuk tidur dengan Sunny dan memeras ugut mangsa kemudian. Suria, Mina
dan Zakiah adalah tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari
hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu berubah
menjadi suatu peristiwa yang menyeramkan apabila mendapati diri mereka
diburu oleh satu makhluk yang mengerikan. Sandra adalah seorang gadis
sekolah yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri.
Lebih
dari itu, Sandra satu hari telahdiperkosa beramai-ramai oleh satu geng
motosikal yang dianggotai Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu
Burn. Acara perkosaan ini telah dirakamkan oleh geng ini melalui kamera
telefon bimbit Jefri. Dalam filem 3GP, kehidupan watak-watak berbeza ini
akhirnya bersulaman dan berkait melalui pembocoran klip-klip 3gp mereka
kepada masyarakat Internet –dan dunia mereka bertembung dalam satu
kemuncak yang dramatik.
DUA KALIMAH 2013 FREE DOWNLOAD Sinopsis: 2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melay...
Disclaimer
Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.
As such, blog4u DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.
If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal. All those link not beeing hosted by blog4u..Ij was taken from 3rd party and been credited to them.