close button

Ads Header

,

Pages

Maharaja Lawak Tentukan Siapa Paling Lawak


Tentu anda pernah menyaksikan rancangan realiti Raja Lawak. Pentas mencari bakat-bakat baru dunia lawak tanahair. Boleh anda tentukan siapa yang paling best dan terlawak antara ke semua bekas finalis dari musim pertama hingga musim terbaru ini ?..masih lagi ditayangkan.

Pernah kah anda bayangkan jika Nabil beraksi pada musim pertama berentap dengan Yus ,Johan dan Zizan ?..Siapa kah yang akan menjadi Raja Lawak jika itu berlaku?..Anda tidak perlu bayangkan lagi..kerana satu pertandingan akan menemukan mereka semua di dalam satu pentas, iaitu MAHARAJA LAWAK.

Mari kita lihat keratan akhbar mengenai rancangan ini :

Maharaja Lawak Temukan Handalan Raja Lawak

KUALA LUMPUR, 25 FEB 2011: Pernahkah anda bayangkan bagaimana keadaanya jika semua pelawak terhebat daripada program realiti Raja Lawak dipertemukan semula dalam satu pentas yang sama? Pasti ianya akan menjadi lebih havoc dan happening bukan?

Apapun,semua ini akan menjadi kenyataan apabila Astro buat julung kalinya mempersembahkan sebuah program realiti baru berjudul Maharaja Lawak yang mana bakal menggabungkan hampir kesemua finalis Raja Lawak dari musim pertama hingga ke lima mulai 1 April 2011.

Program yang bakal dikendalikan oleh bekas pengacara Akademi Fantasia, Dato AC Mizal itu merupakan sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat. Apatah lagi, bila ianya menampilkan nama-nama hebat seperti Johan, Zizan, Nabil, Sepah, Jihan, Alex, Kecik dan ramai lagi.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani berkata, program ini bakal menyaksikan kehebatan bekas finalis Raja Lawak untuk berentap sekali lagi di atas pentas untuk dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak.

"Program realiti penacarian bakat lawak ini adalah yang paling tertinggi selepas Raja Lawak kerana yang menyertainya bukan calang-calang pelawak. Malah, ada di antara mereka ini juga pernah menjadi juara dan finalis Raja Lawak sebelum ini.

"Konsep dan formatnya masih sama dengan program Raja Lawak. Cuma bezanya kali ini, para peserta bukan sekadar ditentukan sepenuhnya berdasarkan undian penonton menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) tetapi ianya akan diadili dengan pemarkahan daripada pihak juri sebanyak 50 peratus," katanya pada majlis pelancaran Maharaja Lawak.

Begitupun, kata Nizam lagi, sedikit kebebasan turut diberikan kepada peserta kali ini, untuk mereka menyertainya secara individu atau berkumpulan.

"Kali ini mereka boleh menyertainya secara individu atau berkumpulan asalkan peserta berkumpulan tidak melebihi daripada 3 orang anggota. Selain itu, mereka juga diberi kebebasan untuk bergerak dan tidak lagi ditempatkan di mana-mana lokasi khas selain diberi masa selama seminggu lebih awal untuk membuat persediaan sendiri," katanya.

Sementara itu, Johan dan Zizan yang bakal berentap sebagai satu kumpulan yang diberi nama Jozan mengakui mereka lebih senang untuk bergerak berdua daripada berseorangan dalam Maharaja Lawak.

"Bukan kami tidak yakin untuk berdiri di atas nama masing-masing tetapi sejak kami bergabung dengan nama Jozan, saya rasakan kami telah mampu untuk melengkapi antara satu sama lain.

"Buktinya wujud keserasian antara kami bila kami mengendalikan program Raja Lawak dan kami mendapat respon yang sangat baik daripada penonton. Lagipun dengan cara in, kami akan dapat memperkuatkan lagi jenama Jozan selepas ini," kata Johan.

Antara peserta lain yang bakal berentap ialah Nabil, Jihan, Amir, Alex, kumpulan Sepah, Kecik & Idlan, XN3, Yus & Tauke.

Pemenang yang dipilih sebagai Maharaja Lawak akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000. Manakala tempat kedua dan ketiga bakal memenangi wang tunai sebanyak RM200,000 dan RM100,000.

Tiga juri tetap dipertanggungjawabkan menilai persembahan para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan bakal diumumkan pada minggu pertama Maharaja Lawak.

Maharaja Lawak bakal bersiaran di saluran Astro Warna dalam Pakej Mustika pada 1 April 2011 setiap Jumaat, pukul 10 malam
 
Jadi anda rasa siapakah yang akan mendominasi pentas Maharaja Lawak kali ini?..Adakah bekas Raja Lawak yang lalu..Yus ..Nabil..Sepah atau Kecik ??..atau mungkih gandingan yang blog4u lihat semakin mantop iaitu Johan dan Zizan a.k.a JOZAN ?..rasanya nabil macam dah tak lawak dah kurang, Kecik pun memang kurang sikit, Sepah nampak best lagi, Yus pun macam dah slow sikit..Jadi siapa yang anda rasa mampu membuat anda ketawa terbahak-bahak..undilah dengan tepat dan bijak..nanti.....

5 comments:

akilala said...

dah tentula Jozan!..memang terbaek dari ladang

pneumedic said...

@akilala betul tu brO..Aku pun rase mcm tu..haha..nabil pun kureng dah skang

Anonymous said...

jozan,sepah dan nabil bakal jadi top 3!

pneumedic said...

@Anonymous aku pun rasa macam tu jugak cik anon huhu

Shasha Catering said...

Tak tau sangat nak teka nih. Harap Nabil la menang;)

Post a Comment

All Time Most Popular Movie

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, blog4u DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal. All those link not beeing hosted by blog4u..Ij was taken from 3rd party and been credited to them.