close button

Ads Header

,

Pages

6 Perkara Untuk Bermain Dengan SEO dan Keyword

 
google search engine

Mencari bilangan pelawat dan sekaligus meningkatkan bilangan traffic blog merupakan satu perkara yang amat penting kepada semua blogger. Tiada yang mahu menulis artikel hanya untuk tatapan sendiri sahaja jadi mendapatkan pelawat adalah satu hal, manakala untuk mengekalkan pelawat blog / web kita adalah hal yang lain.

Jadi bagimana teknik untuk meningkatkan bilangan traffic dan sekaligus menaikan page rank web kita?..Disini pneumedic ingin berkongsi beberapa cara yang boleh kita cuba kaji dan praktikkan
 
1.Popularity Link

Salah satu cara yang menjadikan blog mendapat kedudukan yang baik dalam enjin carian adalah berdasarkan bilangan pautan yang masuk ke blog. Lebih banyak pautan ke blog kita, lebih tinggi juga peluang anda berada di kedudukan teratas di enjin carian.
 
Semak link yang anda gunakan di www.linkpopularity.com dan semak link pautan yang masuk ke blog anda. Link pautan memainkan peranan penting dalam menempatkan blog anda di SERP-Search engine result page
 
Link url yang diletakkan di blog perlulah mempunyai niche yang sama dengan blog anda untuk mendapatkan pautan / backlink yang berkualiti, dan blog yang anda letakkan url untuk backlink itu perlulah mempunyai traffic, jika tidak tiada gunanya juga

2 keyword

Bermain dengan keyword bukanlah perkara yang mudah bagi sesetengah blogger, terutama yang masih tidak faham mengenai perkara ini. Keyword merupakan asas penting dalam ranking di dalam sesuatu enjin carian. Keyword adalah penting untuk blog anda. Keyword adalah ciri yang dicari oleh enjin carian dalam menetapkan kedudukan blog kita.

Cuba anda taip sebarang keyword yang ada di dalam post atau entry anda, dan lihat dimana kedudukan post atau entry tersebut. Anda boleh belajar mengenai seo dan keyword ini dengan lebih mendalam di blogarif.
 
 
3. Keyword di dalam artikel

Ketika anda menulis sesuatu artikel untuk disiarkan di blog anda, cuba masukkan keyword-keyword yang popular dalam artikel tersebut. Ini untuk membantu anda mencapai kedudukan yang baik dalam enjin carian. Ada yang menyatakan dan memberi cadangan, untuk setiap 100 perkataan, 16 ayat adalah keyword anda. Bagi yang bermain dengan keyword panjang atau ' long keyword '. Manakala bagi yang belum terer mahir keyword pendek - short keyword boleh dipraktikan.
 
 Bagi blog movie dan hiburan seperti blog4u ini, keyword merupakan aspek penting dimana kebanyakan pelawat atau kaki download akan menaip filem-filem yang mereka kehendaki, kebanyakan keyword yang mengena di blog4u adalah dari entry filem-filem terkenal dan isu semasa yang sedang meletup.

 4.Nama Domain

Letaklah satu nama domain yang mencirikan blog anda itu, sebagai contoh jika blog itu memaparkan free movie, mungkin www.freemovie.com atau www.freedownload.com sesuai. Dengan menggunakan keyword terbaik boleh menbantu mendapatkan kedudukan yang tinggi dalam SERP. Kalau anda hendak buat blog niche berkaitan download percuma kombinasi keyword digunakan dalam memilih nama domain adalah sangat penting.

5. Tajuk Tag

Tajuk tag adalah apa yang terpapar di bahagian paling atas blog anda. Ia mengandungi tajuk dan penjelasan(description) blog anda. Jadi susun semula blog description anda, segala tajuk yang mempunyai rating yang tinggi boleh menaikan kedudukan blog anda
  6.Hantar blog anda ke enjin carian

Langkah terakhir dan amat penting adalah menghantar blog anda ke semua enjin carian dan directory. beberapasenarai enjin carian untuk anda hantar blog anda ke enjin carian dan directory telah pneumedic sediakan

Enjin carian :

www.google.com/addurl (Google)
 
 
 
Bermain dengan seo bukanlah satu perkara yang boleh dipelajari dengan segera. Ambil masa anda, bersama-sama kita belajar dan bertukar info.

2 comments:

Haw said...

fuhh! benda yg aku tak mahir2 sampai sekarang

pneumedic said...

@Haw

ye ke tak mahir ni bro haw..haw suka merendah diri sgt..tpi sebenarnya gempak!..hehe..aku pun xmahir..jom kita kaji sama-sama..

Post a Comment

All Time Most Popular Movie

Disclaimer

Please note that NONE of the files listed on this blog are stored on the site. We only serve to index contents available from other sites as a convenient and easy way for our visitors to find files that have been shared by their respective copyright owners.

As such, blog4u DO NOT claim ownership rights of any documents and/or materials accessible or made available on this site, nor assume any responsibility for the contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked site. Use of this site is therefore solely at your own discretion.

If you believe that your copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal. All those link not beeing hosted by blog4u..Ij was taken from 3rd party and been credited to them.